Wednesday, July 28, 2010

bagi salinan pdrm lcct kepada bpa...

Panggil semuka
Oleh Idris Musa
idris@hmetro.com.my
2010/07/29
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Penjawat awam yang tidak bertanggungjawab ketika berurusan dengan orang ramai, malah bertindak kasar dan tidak memberikan perkhidmatan sepatutnya akan dipanggil bersemuka, malah boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk T Murugiah, berkata pihaknya memberikan amaran itu kerana tidak mahu nama baik kerajaan dirosakkan mana-mana penjawat awam.


“Kami faham, pada 2008 kalah teruk disebabkan sesetengah masalah yang dihadapi disebabkan penjawat awam yang tidak bertanggungjawab, kasar dengan rakyat dan tidak mengendalikan rakyat dengan baik.


“Ini menyebabkan rakyat marah dan pergi undi pembangkang. Sebab itu kita tak nak. Kalau penjawat awam tidak membantu rakyat kita, akan diambil tindakan. (Namun), kami akan ambil tindakan apabila kes dilaporkan,” katanya. Dalam satu kes yang dirujuk kepada Biro Pengaduan Awam (BPA) JPM, baru-baru ini, seorang penjawat awam dari Kementerian Pendidikan didakwa bertindak kasar terhadap seorang guru dari Sungai Petani, Kedah yang mengemukakan surat sokongan menteri bagi urusan pertukaran sekolah.


Murugiah berkata, pihaknya memandangkan serius kes membabitkan penjawat awam, malah tidak teragak-agak untuk menulis surat kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya mengambil tindakan tatatertib terhadap mereka yang terbukti bersalah.


“Saya sudah memanggil penjawat awam yang bertugas di kementerian itu. Kami akan dengar apa yang berlaku. Sebab itu minggu depan kami akan panggil dia,” katanya.


Beliau berkata, rakyat yang berdepan dengan masalah khususnya membabitkan mutu perkhidmatan penjawat awam tidak perlu membuat laporan polis, sebaliknya menyalurkan aduan kepada BPA untuk diambil tindakan segera.


“Rakyat boleh menggunakan biro ini untuk menyelesaikan masalah mereka dengan cukup bijak. Tak perlu risau, kerana kami tidak mengenakan apa-apa bayaran. “Pegawai kami diarah kalau ada aduan memerlukan tinjauan, kami turun padang meninjau, panggil agensi berkaitan turun sama, menjawab tuduhan dan mencari jalan menyelesaikan masalah.


“Berbanding sebelum ini, setiap kali aduan diterima kami mengemukakan surat kepada agensi berkaitan memohon maklum balas dan selepas sekian lama, kami menerima maklum balas dan menghantar surat kepada pengadu. Jadi, pengadu tak puas hati.


“Sebab itu sekarang kami memperkenalkan sistem, iaitu minggu ini aduan dibuat, minggu depan kes didengar. “Pada setiap Selasa kes didengar di pusat komuniti di Sentul dan pada Rabu di pejabat BPA Kuala Lumpur.


“Kami menyelesaikan kes secara musyawarah bagi kedua-dua pihak faham. Semuanya berjalan lancar, malah sampai hari ini tak ada masalah dan rakyat sangat puas hati,” katanya, sambil melahirkan kepuasan kerana sehingga kini BPA menyelesaikan 98 peratus kes.

Bagi mempertingkatkan mutu perkhidmatan biro terbabit, beliau berkata, pihaknya berusaha menyelesaikan kes dalam tempoh lima hari bekerja, berbanding ditetapkan 15 hari bekerja.

tcrs apa kes pulak? mungkin mereka haram bila dapat sijil halal!

Sijil halal Hotel Grand Season Kuala Lumpur ditarik


2010/07/29
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Penarikan sijil pengesahan halal Malaysia Hotel Grand Season Kuala Lumpur berkuatkuasa serta-merta kerana melanggar piawaian Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.
Menurutnya, penarikan balik sijil terbabit adalah kes pertama bagi hotel di ibu kota pada tahun ini.


“Kami sudah memaklumkan perkara berkenaan kepada hotel terbabit.Secara umum, antara sebab penarikan ialah hotel terbabit menggunakan barang yang tidak dibenarkan dan beberapa prosedur lain tidak dipatuhi.


“Namun, kalau mengikut prosedur ditetapkan, selepas langkah pembetulan diambil hotel berkenaan boleh mengemukakan rayuan kepada Jakim dan kalau panel berpuas hati, kami boleh menimbangkannya semula,” katanya.

Kongsi artikel ini menerusi media sosial

Kongsi Artikel | Facebook MySpace Google Twitter

Tuesday, July 27, 2010

DAP KINI PAP? SO KIASU!

Beach clean out on Friday

2010/07/28
By Phuah Ken Lin
Share |
GEORGE TOWN: Unlicensed traders and beach operators in Batu Ferringhi will be cleared on Friday when the police and enforcement agencies carry out a massive crackdown on them.

The joint operation by federal agencies is set to put a stop to the protracted illegal activities which have plagued the image of the beach for decades.

Known as Ops Sepadu, state police chief Datuk Ayub Yaakob said the holistic approach was aimed at weeding out all errant parties.


Ayub said the police planned to get rid of DVD and counterfeit peddlers, unlicensed entertainment and eatery joints as well as unauthorised water sports activities.

"Our aim is to restore the lustre to the Pearl of the Orient.

"We will put our feet down by pooling all resources to nip in the bud the unlicensed and illegal activities along Batu Ferringhi," Ayub said at a briefing with hoteliers and enforcement agencies yesterday.


Ayub also said that the operation would be ongoing until all the illegal activities ceased.

He added that the traffic police would mount regular road blocks and operations to curb traffic offenders while the commercial crime department would arrest DVD traders on the spot.

Among the local and federal agencies involved in the operation were the Penang Island Municipal Council (MPPP), Customs Department and Immigration Department, Anti-Drug Agencies and Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Ministry enforcement officers.


Meanwhile, MPPP licensing department director Rafiah Mohd Radzi said there were plans to legalise roadside stall traders and water sports activities.

"We will relocate and rearrange the night market layout and motorised activities as they have been an integral part of Batu Ferringhi," Rafiah said.

She said MPPP would issue summonses on illegal traders and issue eviction notices for them to move out.

r u guys racist? because no wp putrajaya... only kL + labuan in ur online reg form!