Friday, September 23, 2011
Monday, September 12, 2011
yo yo jah...
KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi kini bekerjasama dengan agensi bukan kerajaan (NGO) myHarapan Foundation dalam usaha memungkinkan 1.2 juta pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut pengajian tinggi swasta (IPTS) diserap dalam program, Youth Defined: Shape Our Future’.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, program terbabit diadakan bagi mengetengahkan pendapat golongan muda yang dirasakan penting dan berinovasi untuk diambil kira khususnya bagi Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP).
“Program ini adalah pengiktirafan kepada mahasiswa seluruh negara yang mempunyai peluang untuk bersama memajukan dan menjayakan negara melalui pelbagai program serta dasar kerajaan,” katanya selepas merasmikan bengkel itu, semalam.
Katanya, kepandaian mahasiswa adalah penting tetapi keperibadian mereka juga harus dipupuk supaya sikap mampu bersosial dan yakin diri serta kompetensi ditingkatkan.