Tuesday, August 31, 2010
Monday, August 30, 2010
kpdn memang bagus... lepas nih wa repot to them berbanding jakim tapi awat tak siarkan nama restoran terbabit? boleh ramai2 p saman!
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
2010/08/31
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
SUBANG JAYA: Entah berapa ramai pelanggan yang sudah ‘terkena’ apabila sebuah restoran makanan Barat yang menganjurkan bufet Ramadan mengaku dengan sengaja mencampurkan arak masakan di dalam hidangan yang disajikan kepada orang ramai.
BUKTI...antara produk mengandungi alkohol yang ditemui di dapur restoran terbabit.
BUKTI...antara produk mengandungi alkohol yang ditemui di dapur restoran terbabit.
TIPU...logo halal Jakim palsu pada menu restoran terbabit.
TIPU...logo halal Jakim palsu pada menu restoran terbabit.
Lebih mengejutkan apabila pemilik restoran turut sewenang-wenang memalsukan logo halal Jakim yang dicetak pada katalog menu bagi meyakinkan pelanggan yang menyangka restoran itu mendapat pentauliahan sijil halal Jakim.
Perbuatan itu dibongkar selepas sepasukan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya melakukan pemeriksaan mengejut di sebuah restoran makanan Barat di Subang Jaya, di sini.
Dalam serbuan kira-kira jam 12 tengah hari itu, pegawai Jakim diketuai Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Amri Abdullah memeriksa restoran terbabit yang menganjurkan bufet Ramadan.
Sumber Jakim berkata, restoran terbabit sebelum ini mengundang tanda tanya pegawai Jakim dan KPDNKK berikutan didapati sengaja menjual minuman keras dan wain kepada pelanggan walaupun pada masa sama menganjurkan bufet Ramadan.
“Pemeriksaan lanjut di dapur restoran terbabit menemui beberapa botol wain masakan yang digunakan chef sebagai bahan dalam masakan.
“Ketika disoal siasat, chef bukan beragama Islam terbabit mengaku mencampurkan wain itu ketika memasak juadah yang disajikan di dalam hidangan bufet Ramadan,” katanya.
Menurutnya, chef terbabit turut mengaku memasukkan kicap mengandungi alkohol di dalam kebanyakan masakannya yang dianggap sebagai perisa tambahan bagi menyedapkan masakan.
“Pemilik restoran terbabit tidak pernah memohon sijil halal dan pihak Jakim tidak akan membenarkan logo itu diguna pakai berikutan restoran terbabit turut menawarkan arak kepada pelanggan.
“Pihak pengurusan restoran terbabit diberikan notis. Berdasarkan kesalahan dilakukan kerana memalsukan logo halal jakim, pengusaha restoran terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 15(1) Akta Perihal Dagangan 1972 yang membawa hukuman denda RM250,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Difahamkan, operasi terbabit antara puluhan pemeriksaan dan operasi berterusan dilakukan pihak Jakim terhadap hotel dan restoran sekitar ibu negara yang menawarkan bufet Ramadan sejak hari pertama puasa lalu.
Sunday, August 29, 2010
Thursday, August 26, 2010
Tuesday, August 24, 2010
too query... click image.
| hide details 3:38 AM (14 minutes ago) |
Sunday, August 22, 2010
MACAMLAH DEPA DENGARQ/PEDULI PONG...
2010/08/23
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
PADA pandangan saya, isu pendidikan seks di sekolah perlu digarap dan diperhalusi dengan penuh cermat dan bijaksana sebelum sebarang tindakan diambil.
Keputusan melaksanakan pendidikan seks tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa.
Saya melihat isu ini agak rumit kerana ia membabitkan pelbagai faktor dalaman dan luaran.
Jika dilihat konteks yang lebih luas, kerajaan Britain telah terlebih dulu melaksanakan pendidikan seks di sekolah.
Namun, ternyata mereka masih gagal membanteras gejala sosial yang berlaku, malah lebih parah gejala sosial dalam masyarakat Britain semakin meningkat walaupun pendidikan seks dilaksanakan.
Dalam hal ini, saya melihat pendidikan seks bukanlah penyelesaian terbaik untuk menangani masalah sosial di negara ini.
Click Here
Apa yang lebih mustahak ialah penekanan dan pemahaman yang serius terhadap sistem pendidikan Islam dan pendidikan sivik itu sendiri.
Pada hemat saya, sistem pendidikan Islam yang sedia ada pada hari ini perlu dikaji dan diperbaharui semula kerana sistem pendidikan yang sedia ada hanyalah bersifat mata pelajaran semata-mata tanpa menjadikan pendidikan Islam itu sebagai satu sistem pendidikan yang menyeluruh.
Kesan besar yang bakal dihadapi sekiranya pendidikan seks dilaksanakan ialah ia dilihat seolah-olah membuka jalan dan peluang kepada remaja untuk melakukan zina.
Ini kerana, mereka sudah tidak perlu bimbang lagi terhadap perkara ini kerana sistem pendidikan itu sendiri yang mengajar mereka ke arah perkara berkenaan.
Di samping itu, saya melihat pelaksanaan pendidikan seks ini lebih kepada usaha untuk merawat dan bukannya untuk mencegah, sedangkan usaha untuk mencegah itu lebih penting daripada usaha untuk merawat.
Justeru, pihak yang terbabit harus berperanan dan mengambil kira pandangan daripada semua pihak mengenai isu ini untuk memudahkan sebarang keputusan dibuat.
Kesilapan dalam membuat keputusan khususnya perkara yang membabitkan dasar negara akan memberi kesan kepada semua pihak termasuk masyarakat.
Oleh itu, keputusan yang bernas dan munasabah amat perlu untuk melahirkan generasi muda yang terpelajar, terdidik dan berakhlak mulia.
Sesuatu tamadun bangsa akan runtuh sekiranya generasi muda mereka terdiri daripada mereka yang rapuh pegangan sistem nilainya.
MUHAMMAD FIRWAN NORLIZA
Presiden,
Majlis Perwakilan Pelajar 2009/2010 UIAM
Thursday, August 19, 2010
moga2 mereka take note...
2010/08/20
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Talian Nur 15999 yang menggantikan talian bebas tol Teledera 1-800-88-3040 sejak awal tahun ini dilihat sebagai saluran utama pusat maklumat dan aduan bagi menangani krisis masyarakat.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata talian berkenaan beroperasi selama 24 jam sehari, malah boleh diakses pelanggan melalui talian tetap, telefon bimbit dan telefon awam.
“Talian Nur turut menyediakan perkhidmatan aduan mengenai isu kebajikan, penderaan, perlindungan, kaunseling, masalah remaja dan pembuangan bayi yang semakin meningkat kebelakangan ini.
“Melalui talian ini, kita berharap dapat memberi bimbingan bagi menyelesaikan masalah pengadu,” katanya dalam kenyataan media, semalam.
Tuesday, August 17, 2010
Monday, August 16, 2010
Sunday, August 15, 2010
Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam) versi jew manalah bole pakai...
mca pun merapu jer lebih...
Friday, August 13, 2010
bila akhir zaman, semua tak boleh pakai...
Oleh Rohaniza Idris dan Umi Nadirah Abdul Rahman
bhnews@bharian.com.my
2010/08/14
Menteri kecewa masyarakat tak peduli hukuman lebih berat
KUALA LUMPUR: Belum sampai 24 jam Kabinet memutuskan kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh dan percubaan membunuh, empat lagi kes pembuangan bayi dilaporkan dalam tempoh itu.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, menerima maklumat tiga kes pembuangan bayi dilaporkan di Kelantan, Melaka dan Kuala Lumpur. Satu lagi kes dilaporkan di Johor Bahru.
“Semua pihak mesti serius dan tidak lepas tangan berhubung kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa.
“Isu ini jika tidak ditangani segera mengakibatkan kehancuran nilai agama dan budaya dalam masyarakat pada masa depan.
“Ini tanggungjawab bersama ibu bapa, keluarga, masyarakat dan pemimpin. Jangan ambil kes ini sambil lewa,” katanya kepada pemberita selepas melawat Wad Bersalin Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Dalam kejadian di Johor Bahru, seorang penjala ikan, Mohd Moh Othman, 60, terkejut menemui mayat bayi yang tidak diketahui jantinanya dalam bakul di pinggir laut berhampiran Jalan Datuk Onn, kira-kira jam 5 petang kelmarin.
“Sekali pandang, bayi berkenaan cukup sifat dan masih bertali pusat. Saya buntu sebaik melihat mayat itu dan membuat laporan polis selepas disuruh ahli keluarga,” katanya.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob mengesahkan kejadian itu dan polis sedang menjalankan siasatan.
Sementara itu, statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapati purata tiga bayi dibuang setiap dua minggu di negara ini sepanjang 2007 hingga April lalu, membabitkan 312 kes.
Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Mohamed Fadzil Che Din, berkata perangkaan itu mungkin lebih tinggi kerana ia yang disenaraikan itu hanyalah kes yang dilaporkan kepada JKM.
Statistik kes pembuangan bayi dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula menunjukkan 396 kes dicatatkan dari 2005 hingga tahun lalu. Ia menunjukkan trend peningkatan walaupun ada penurunan pada 2007. Sebanyak 67 kes dilaporkan pada 2005, 83 kes (2006) yang menurun kepada 65 kes pada 2007, 102 kes (2008) dan 79 kes (2009).
Sebilangan besar individu yang terbabit dalam kes pembuangan bayi berusia antara 18 hingga 25 tahun, 20 kes membabitkan individu berusia bawah 18 tahun, 33 dilakukan individu 25 tahun ke atas, manakala 403 individu lagi gagal dikesan peringkat umur mereka.
Daripada jumlah 396 kes itu, 137 kes membabitkan pembuangan bayi lelaki, 102 bayi perempuan dan selebihnya tidak diketahui jantina.
Berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi 2000 hingga 2008 pula, 257,000 kanak-kanak didaftarkan tidak mempunyai nama bapa.
Lebih menyedihkan bagi tempoh 1999 hingga 2003 saja, 44 peratus anak yang tidak mempunyai nama bapa adalah anak orang Islam iaitu 30,978 daripada 70,430 kanak-kanak yang didaftarkan.
Dalam perkembangan berkaitan Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi dan Pakar Runding Kanan HKL, Datuk Dr J Ravindran, berkata kes wanita melahirkan anak luar nikah di hospital terbabit mencatatkan peningkatan pada tahun ini berbanding tahun lalu.
“Tahun lalu 392 wanita melahirkan anak luar nikah. Daripada itu, 62 adalah berumur bawah 18 tahun. Pada tahun ini terdapat penambahan kes iaitu sehingga bulan Julai, terdapat 301 kes termasuk 34 kes bawah umur 18 tahun,” katanya.
nasib ada yang back up...
SEREMBAN: “Kerajaan negeri menyambut baik keputusan jemaah menteri berkaitan hukuman mati terhadap pesalah yang membuang dan mengakibatkan kematian bayi,” kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, Datuk Zainab Nasir.
Menurutnya, hukuman berkenaan perlu dilakukan berikutan gejala pembuangan dan pembunuhan bayi yang tidak berdosa dilihat semakin menular di negara ini.
“Perbuatan seumpama itu dianggap terlalu keji kerana mereka tidak sepatutnya bertindak membuang anak sendiri di merata-rata tempat.
“Berikutan itu, saya menyokong sepenuhnya hukuman yang diumumkan kerana ia akan menjadikan pesalah berkenaan takut untuk melakukan perbuatan terbabit,” katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS), semalam.
Beliau mengadakan lawatan bagi melihat keadaan seorang bayi perempuan yang ditinggalkan di depan sebuah rumah kosong di sekitar Gemencheh, Tampin, baru-baru ini.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Mizan Maulud.
Menurut Zainab, bayi malang seberat 2.8 kilogram berkenaan adalah kes kedua membabitkan pembuangan bayi di Negeri Sembilan setakat ini.
Sementara itu, Mizan berkata, langkah penguatkuasaan undang-undang seumpama itu dianggap amat bagus untuk mengurangkan kadar pembuangan bayi.
“Saya merasakan kerajaan wajar untuk mengenakan tindakan terhadap mereka yang melakukan perbuatan berkenaan tanpa rasa bersalah sekali gus menimbulkan rasa keinsafan dan takut untuk melakukan jenayah sosial kepada individu lain,” katanya.
KUALA LUMPUR: “Hukuman berat bagi pesalah kes pembuangan bayi perlu jadi langkah terakhir,” kata Ketua Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (Pertiwi), Prof Datuk Dr Nik Safiah Abdul Karim.
Beliau berkata, walaupun hukuman berat dilihat perlu kerana kes pembuangan bayi semakin berleluasa kebelakangan ini, ia masih boleh ditangani dan hukuman berkenaan harus dilaksanakan bersama tindakan lain. “Sebenarnya, kita sepatutnya lebih menekankan didikan kepada golongan remaja dan sekiranya mereka sudah terlanjur, bantuan dan kemudahan perlu diberi. Bukan hanya mengenakan hukuman semata-mata. “Bantuan itu bukan bertujuan menggalakkan perbuatan zina hingga melahirkan anak luar nikah tapi supaya mereka tidak terdesak hingga sanggup membuang anak baru dilahirkan,” katanya. Nik Safiah berkata, jika langkah awal tidak memberi kesan, hukuman berat ke atas mereka menjadi langkah terakhir bagi mengatasi gejala buang bayi. Beliau berkata demikian mengulas keputusan Kabinet mengenai kes pembuangan bayi yang akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas melihat kes berkenaan yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini. Pengerusi Eksekutif Forum Ahli Parlimen Asian Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD), Datin Paduka Rahmah Osman pula berkata, hukuman berkenaan sememangnya wajar dikenakan terhadap pesalah kes pembuangan bayi.
Katanya, sudah tiba masanya perkara ini diambil serius kerana pembuangan bayi juga membabitkan nyawa manusia.
“Selain itu, kebanyakan kes membabitkan lelaki warga asing yang memperdaya wanita tempatan hingga terlanjur lalu hamil luar nikah dan berlakulah pembuangan bayi. Bagaimanapun, mereka selalunya terlepas begitu saja tanpa dihukum dengan setimpal.
“Ibu bapa juga perlu melaporkan kepada pihak berkuasa jika anak didapati hamil dan tidak mengambil sikap berdiam diri kerana ada juga kes anak mereka menjadi mangsa individu tidak bertanggungjawab,” katanya. Sementara itu, Presiden Persatuan Wanita Islam Antarabangsa yang juga pakar motivasi, Dr Rubiah Kulop Hamzah sebaliknya tidak meletakkan harapan tinggi terhadap kejayaan pelaksanaan hukuman itu jika tiada badan atau agensi yang diwujudkan khas untuknya.
“Untuk mengatasi kes pembuangan bayi, perancangan khusus perlu diambil bukan saja membabitkan penggubalan Akta tapi perlu seiring dengan kepakaran tertentu untuk menyiasat kes selain pendekatan lebih proaktif supaya saksi memberi kerjasama,” katanya.