Friday, August 13, 2010

nasib ada yang back up...

Hukuman mati boleh elak kes buang anak



2010/08/14
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SEREMBAN: “Kerajaan negeri menyambut baik keputusan jemaah menteri berkaitan hukuman mati terhadap pesalah yang membuang dan mengakibatkan kematian bayi,” kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, Datuk Zainab Nasir.

Menurutnya, hukuman berkenaan perlu dilakukan berikutan gejala pembuangan dan pembunuhan bayi yang tidak berdosa dilihat semakin menular di negara ini.


“Perbuatan seumpama itu dianggap terlalu keji kerana mereka tidak sepatutnya bertindak membuang anak sendiri di merata-rata tempat.


“Berikutan itu, saya menyokong sepenuhnya hukuman yang diumumkan kerana ia akan menjadikan pesalah berkenaan takut untuk melakukan perbuatan terbabit,” katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS), semalam.


Beliau mengadakan lawatan bagi melihat keadaan seorang bayi perempuan yang ditinggalkan di depan sebuah rumah kosong di sekitar Gemencheh, Tampin, baru-baru ini.


Hadir sama, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Mizan Maulud.


Menurut Zainab, bayi malang seberat 2.8 kilogram berkenaan adalah kes kedua membabitkan pembuangan bayi di Negeri Sembilan setakat ini.


Sementara itu, Mizan berkata, langkah penguatkuasaan undang-undang seumpama itu dianggap amat bagus untuk mengurangkan kadar pembuangan bayi.


“Saya merasakan kerajaan wajar untuk mengenakan tindakan terhadap mereka yang melakukan perbuatan berkenaan tanpa rasa bersalah sekali gus menimbulkan rasa keinsafan dan takut untuk melakukan jenayah sosial kepada individu lain,” katanya.


Langkah terakhir

Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib
yusliza@hmetro.com.my
2010/08/14
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: “Hukuman berat bagi pesalah kes pembuangan bayi perlu jadi langkah terakhir,” kata Ketua Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (Pertiwi), Prof Datuk Dr Nik Safiah Abdul Karim.

Beliau berkata, walaupun hukuman berat dilihat perlu kerana kes pembuangan bayi semakin berleluasa kebelakangan ini, ia masih boleh ditangani dan hukuman berkenaan harus dilaksanakan bersama tindakan lain. “Sebenarnya, kita sepatutnya lebih menekankan didikan kepada golongan remaja dan sekiranya mereka sudah terlanjur, bantuan dan kemudahan perlu diberi. Bukan hanya mengenakan hukuman semata-mata. “Bantuan itu bukan bertujuan menggalakkan perbuatan zina hingga melahirkan anak luar nikah tapi supaya mereka tidak terdesak hingga sanggup membuang anak baru dilahirkan,” katanya. Nik Safiah berkata, jika langkah awal tidak memberi kesan, hukuman berat ke atas mereka menjadi langkah terakhir bagi mengatasi gejala buang bayi. Beliau berkata demikian mengulas keputusan Kabinet mengenai kes pembuangan bayi yang akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas melihat kes berkenaan yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini. Pengerusi Eksekutif Forum Ahli Parlimen Asian Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD), Datin Paduka Rahmah Osman pula berkata, hukuman berkenaan sememangnya wajar dikenakan terhadap pesalah kes pembuangan bayi.


Katanya, sudah tiba masanya perkara ini diambil serius kerana pembuangan bayi juga membabitkan nyawa manusia.


“Selain itu, kebanyakan kes membabitkan lelaki warga asing yang memperdaya wanita tempatan hingga terlanjur lalu hamil luar nikah dan berlakulah pembuangan bayi. Bagaimanapun, mereka selalunya terlepas begitu saja tanpa dihukum dengan setimpal.


“Ibu bapa juga perlu melaporkan kepada pihak berkuasa jika anak didapati hamil dan tidak mengambil sikap berdiam diri kerana ada juga kes anak mereka menjadi mangsa individu tidak bertanggungjawab,” katanya. Sementara itu, Presiden Persatuan Wanita Islam Antarabangsa yang juga pakar motivasi, Dr Rubiah Kulop Hamzah sebaliknya tidak meletakkan harapan tinggi terhadap kejayaan pelaksanaan hukuman itu jika tiada badan atau agensi yang diwujudkan khas untuknya.


“Untuk mengatasi kes pembuangan bayi, perancangan khusus perlu diambil bukan saja membabitkan penggubalan Akta tapi perlu seiring dengan kepakaran tertentu untuk menyiasat kes selain pendekatan lebih proaktif supaya saksi memberi kerjasama,” katanya.

No comments:

Post a Comment