Saturday, September 4, 2010

jangan cakap jer lebih...

Amaran Jawi
Oleh AHMAD SHAHRUL NIZAM MUHAMMAD
ahmadshahrul@hmetro.com.my
2010/09/04
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PUTRAJAYA: Putrajaya bukan tempat untuk golongan tidak berakhlak melepaskan nafsu syahwat dan berkelakuan tidak senonoh, terutama pada Ramadan, dan kedegilan mematuhi larangan itu bakal menyaksikan tindakan tegas dikenakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
SELAMAT... Che Mat melepaskan konvoi Kempen Keselamatan Jalan Raya anjuran Jawi di Putrajaya.
SELAMAT... Che Mat melepaskan konvoi Kempen Keselamatan Jalan Raya anjuran Jawi di Putrajaya.

Beliau berkata, berdasarkan perangkaan Bahagian Penguatkuasaan Jawi, kegiatan maksiat membabitkan khalwat dan kelakuan tidak senonoh berjaya dikurangkan kira-kira 40 peratus berbanding tahun sebelumnya.


Tanpa mahu mendedahkan jumlah sebenarnya, Che Mat berkata, tindakan penguatkuasaan berterusan yang dijalankan penguat kuasa Jawi berjaya menginsaf dan menyedarkan warga Putrajaya serta pengunjung luar mengenai pentingnya menjaga keharmonian Putrajaya.


“Saya memberi amaran kepada mereka yang mahu melakukan maksiat di Putrajaya supaya melupakan hasrat buruk itu. Penguat kuasa Jawi sentiasa memantau perbuatan tidak berakhlak berdasarkan maklumat dan siasatan dijalankan.


“Tindakan tegas akan diambil tanpa mengambil kira sama ada mereka kakitangan kerajaan atau orang luar, dan yang pasti kita mahu Putrajaya bebas maksiat pada tahun ini,” katanya pada sidang media selepas program Bual Bicara Bersama Pengarah Jawi, di sini, semalam.

Che Mat berkata, penguat kuasa Jawi tidak pernah berkompromi dengan mereka yang melakukan kegiatan tidak sihat itu.


Menurutnya, walaupun ada yang mengugut untuk terjun bangunan ketika ditangkap, ia bukan sesuatu yang boleh melemahkan penguat kuasa Jawi.


Malah, katanya, Jawi akan meneruskan usaha dan pemantauan di beberapa lokasi di Putrajaya yang dikenal pasti lokasi pasangan melakukan maksiat.


“Tindakan dilakukan menjurus kepada kesalahan Seksyen 27 dan 29, Akta Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 iaitu melakukan khalwat dan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.


“Kita bangga apabila mendapati tindakan berterusan penguat kuasa Jawi menunjukkan penurunan jumlah kes kegiatan tidak bermoral di Putrajaya,” katanya.


Pada kesempatan program itu, Che Mat juga melancarkan Program Keselamatan Jalan Raya Jawi sempena Aidilfitri.


Sebanyak 30,000 pelekat diedarkan kepada pengguna jalan raya yang mengingatkan warga Putrajaya supaya memandu berhati-hati sepanjang cuti Aidilfitri bagi mengelak tragedi sedih.

No comments:

Post a Comment