Wednesday, February 9, 2011

FROM NEPAL TO GULF THEN THE REST OF THE WORLD TERMASUK BRUNEI JUA...

Aktivis Teluk mahu monarki beralih kepada demokrasi

KUWAIT CITY: Aktivis Teluk semalam menggesa monarki konservatif yang memerintah negara di rantau itu sejak berabad-abad lalu supaya beralih kepada demokrasi dan membenarkan kebebasan bersuara.

Mereka juga memberi amaran kepada pihak berkuasa, khususnya di Bahrain dan Arab Saudi daripada bertindak terhadap aktivis yang merancang mengadakan tunjuk perasaan secara aman.


Ia turut menggesa Emiriah Arab Bersatu (UAE) membebaskan aktivis yang ditahan minggu lalu.

“Kami berharap keluarga diraja yang memerintah negara di rantau Teluk menyedari kepentingan transformasi demokratik yang menjadi impian rakyat rantau ini,” menurut kenyataan yang ditandatangani oleh Penyelaras Forum Masyarakat Awam Teluk, Anwar al-Rasheed. - AP

No comments:

Post a Comment