Derita di bumi orang
Oleh Amir Abd Hamid
amir@hmetro.com.my KUALA LUMPUR: Seramai 32 pramugari rakyat Malaysia sebuah syarikat penerbangan swasta di Arab Saudi menghadapi masalah kewangan teruk di negara itu termasuk hutang kad kredit tertunggak, serta kemungkinan kereta ditarik apabila majikan tidak membayar gaji mereka selama empat bulan.
Pramugari di syarikat penerbangan mengendalikan penerbangan haji dan umrah secara sewa berpangkalan di Jeddah berusia 20-an hingga 30-an kini berada dalam keadaan keliru, bingung dan buntu berikutan masalah menimpa mereka.
Seorang wakil pramugari berkenaan hanya mahu dikenali sebagai Sherina, 30, yang berjaya pulang ke tanah air dengan duit simpanannya, semalam tampil di pejabat Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno untuk meminta bantuan biro itu.
Dia yang kembali ke tanah air dua hari lalu semata-mata untuk berjumpa Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh menyatakan dia dan rakan tidak tahu kepada pihak mana untuk meminta pertolongan.
“Kami cuma mahukan hak. Sudah terlalu kecewa dengan janji kosong syarikat. Apabila tanya bila nak bayar gaji dan elaun, syarikat asyik kata minggu depan bagi menyedapkan hati kami.
“Tak patut kami diperlakukan begini. Masing-masing ada komitmen. Macam mana dengan yang sudah berkeluarga? Hutang kereta lagi dan kad kredit, itu semua kena lunaskan setiap bulan. Itu belum masuk tanggungan terhadap keluarga di Malaysia,” katanya.
Sementara itu, Muhd Khairun ketika dalam sidang akhbar semalam, berkata dia sebenarnya menerima aduan 23 daripada 32 pramugari itu secara bertulis beserta tandatangan pada 11 Februari lalu ketika melakukan umrah baru-baru ini.
Beliau berkata, sembilan lagi pramugari masih mahu mengambil sikap tunggu dan lihat dengan tindakan susulan syarikat terbabit tetapi biro mengambil keputusan membantu semuanya.
“Hari ini (semalam) pihak biro secara rasmi menghantar notis rayuan kepada pihak syarikat penerbangan berkenaan supaya melunaskan tunggakan gaji dan elaun lain pramugari itu dalam tempoh tujuh hari.
“Secara mudah perkiraan gaji asas semua terbabit kira-kira RM4,000 sebulan dan tunggakan bagi semua selama empat bulan hampir RM512,000, tak termasuk elaun lain.
“Andainya selepas tempoh tujuh hari, syarikat itu tidak memberi tindak balas sewajarnya biro akan melakukan langkah seterusnya sebab jelas syarikat itu melanggar terma kontrak kerja dimeterai sebelum ini,” katanya.
Menurutnya, biro juga bersedia membantu proses membawa pulang semua pramugari berkenaan andainya keadaan kelak memerlukan proses itu.
Beliau berkata, dia difahamkan setakat ini tunggakan gaji itu berlaku sebab syarikat penerbangan swasta itu menghadapi masalah perniagaan.
“Apapun kita sebolehnya tak mahu menyentuh mengenai masalah dalaman syarikat itu, yang penting pramugari rakyat kita mendapat haknya,” katanya.
Turut hadir dalam sidang akhbar itu beberapa keluarga pramugari yang berada di tanah air.
32 pramugari ikat perut di Jeddah
Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my
2011/02/19
SHERINA menunjukkan kontrak kerja Alwafeer Air.KUALA LUMPUR: Sekumpulan 32 pramugari rakyat Malaysia terpaksa mengikat perut selepas 'terkurung' di apartmen mereka di Jeddah, sejak empat bulan lalu kerana tidak dibayar gaji serta tunggakan elaun berjumlah hampir RM1 juta oleh sebuah syarikat penerbangan berpangkalan di negara itu, sejak November lalu.
Mereka tidak lagi diberikan sebarang tugasan atau menjalankan rutin sebagai pramugari sebaliknya hanya melepak di dua blok apartmen disediakan majikan mereka, Alwafeer Air untuk didiami bersama kumpulan rakan setugas negara lain. Keadaan itu menyebabkan mereka tertekan, bingung dan tidak keruan kerana pihak pengurusan sering berdalih mengenai tarikh bayaran tunggakan gaji menyebabkan ada yang terpaksa menggunakan kad kredit untuk berbelanja. Mengikut kontrak yang ditandatangani pada 2009, mereka dijanjikan gaji bulanan 5,000 Riyal (RM4,000) tidak termasuk elaun penginapan, penerbangan serta elaun tahunan.
Mangsa, Nor Amira Mohd Nawi, 25, yang dihubungi di Jeddah, berkata mereka mengeluarkan perbelanjaan sendiri dan terpaksa memasak beramai-ramai bagi menjimatkan perbelanjaan.
“Tiada apa kami boleh buat, hanya duduk di rumah menunggu gaji. Dulu (Disember) ada yang menyerbu pejabat majikan untuk minta bayaran, dapatlah sikit duit sagu hati, tetapi bagi yang tak datang, mereka tak dapat apa-apa.
“Sekarang, apa saja aktiviti nak buat kami kena utamakan bajet untuk makanan, sebab tak tahu bila boleh dapat duit,” katanya.
Nor Amira antara yang membuat aduan kepada Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO ketika Pengerusinya, Datuk Muhd Khirun Aseh menunaikan umrah pada 11 Januari lalu.
Mengikut laman web, syarikat penerbangan itu menawarkan perkhidmatan sewa khas untuk pakej haji dan umrah antara Jeddah, Makkah dan Madinah serta berhubung dengan semua pusat Islam di Eropah, Afrika dan Asia.
Masalah gaji bermula April 2010 apabila mereka dibayar lewat dan bertambah serius apabila langsung tidak menerima gaji atau elaun sejak November.
Sementara itu, pada sidang media di pejabat Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, di sini, semalam, wakil pramugari terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Sherina, 30, berkata, selepas didesak, majikan membayar 1,500 Riyal tiga minggu lalu, tetapi jumlah itu terlalu kecil dibandingkan tunggakan gaji.
Sherina pulang ke tanah air sejak tiga hari lalu untuk menguruskan aduan mereka. Turut hadir beberapa ahli keluarga mangsa yang tinggal di Lembah Klang.
Menurut Muhd Khirun, biro berkenaan secara rasmi menghantar notis tuntutan gaji kepada syarikat dengan memberi masa tujuh hari untuk tindakan. Jika gagal, semua mangsa dibawa pulang bagi mengelakkan keadaan lebih teruk.
“Mereka mesti bayar tunggakan gaji dan elaun dalam tempoh itu. Syarikat itu jelas tidak menghormati kontrak dan membiarkan kakitangan mereka ‘digantung tidak bertali’ kerana tidak diberikan tugas dan tidak dibayar gaji,” katanya yang yakin mangsa mampu mendapatkan pekerjaan baru di sini kerana berkelayakan. Komen Anda
Guna Facebook id anda.
Nama :
Emel :
Komen :
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.
Senarai komen
Moonrock"Hujan Emas Di Negeri Orang Hujan Batu Di Negeri Sendiri" Fikir-fikirkanlahhujan batu granit di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.

No comments:
Post a Comment