Friday, April 1, 2011

laporan polis keatas geng "haprak" sempena april fool BUT try to make full instead... klik imej.



JAJ samak 4 premis
Oleh Mohamad Fahd Rahmat
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KLUANG: Bagi memulihkan keyakinan pelanggan Islam di negeri ini yang juga 80 peratus daripada pelanggan mereka, pengusaha Kluang Rail Coffee mendapatkan khidmat Jabatan Agama Johor (JAJ) menyamak peralatan digunakan di tiga premisnya di sini, serta sebuah lagi di Johor Bahru, semalam.

Premis terbabit sebelum ini didakwa menjual minuman kopi bercampur gelatin babi hasil ujian makmal dijalankan Jabatan Kimia Johor.


Pengarah Kluang Rail Coffee, Lim Jit Tong berkata, kerja menyamak itu antara inisiatif yang diambil selepas pihaknya mendapatkan nasihat JAJ.

“Kami menghormati pelanggan tanpa mengira agama serta bangsa dan kami memohon sijil halal untuk memulihkan keyakinan pengguna yang sebahagian besarnya terdiri daripada masyarakat Islam.


“Sebelum ini perusahaan kami tidak memiliki pengesahan halal, tapi kami sentiasa berusaha meningkatkan mutu makanan supaya ia selamat, malah tidak mengandungi bahan terlarang yang menyentuh sensitiviti umat Islam,” katanya ketika ditemui, semalam.


Menurut Lim, pihaknya mula menggunakan serbuk kopi dan teh daripada pekilang baru yang memiliki sijil pengesahan halal di Muar berkuat kuasa 20 Mac lalu.

“Kami memilih kilang berkenaan selepas puas hati dengan penarafan sijil halalnya. Pada masa sama, kilang itu juga mampu memproses kopi menggunakan resipi asal,” katanya.


Ditanya berkaitan dakwaan kewujudan gelatin babi dalam serbuk kopinya, Lim menafikan perkara itu kerana belum memperoleh keputusan ujian makmal rasmi daripada pihak berkuasa.

“Kami yakin tidak bersalah melainkan terdapat unsur sabotaj pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.


Pada 19 Januari lalu, premis perniagaan Kluang Rail Coffee didatangi wakil JAJ, Jabatan Kesihatan, Majlis Perbandaran Kluang (MPK) selain Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNK) bagi mengambil sampel serbuk kopi, madu, mentega serta kaya dianalisis.


Pada 25 Mac lalu, premis berkenaan sekali lagi dikunjungi Jabatan Kesihatan bertujuan mengambil sampel serbuk kopi dan bekas pembancuhnya untuk ujian lanjutan.


Lim berkata, dia difahamkan ujian pertama yang dilakukan memerlukan tempoh menunggu sehingga enam bulan sebelum keputusan diperoleh dan ujian kedua pula dijangka diketahui dalam tempoh dua minggu.


Harian Metro 25 Mac lalu melaporkan kedai kopi popular yang beroperasi sejak kira-kira 70 tahun lalu itu dan dikunjungi lebih 80 peratus pelanggan beragama Islam didakwa menghidangkan kopi bercampur gelatin babi.


Perkara itu terbongkar selepas JAJ menjalankan pemeriksaan terhadap premis terbabit berikutan aduan ramai, Pengerusi Jawatan kuasa Agama Islam Joho Datuk Zainal Abidin Osman, turut mengesahkan kewujudan gelatin babi di dalam serbuk kopi dihidangkan di sana.

No comments:

Post a Comment