Sunday, May 29, 2011

Semua pemegang kad keahlian Ride It Right (RIR) akan menjadi mata dan telinga polis, termasuk boleh melaporkan sebarang kejadian jenayah dan...

Ganjaran ahli RIR

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PUTRAJAYA: Semua pemegang kad keahlian Ride It Right (RIR) akan menjadi mata dan telinga polis, termasuk boleh melaporkan sebarang kejadian jenayah dan kegiatan mat rempit.

Lebih menarik, mereka yang memberi maklumat tepat berhubung sesuatu kejadian berkenaan akan diberi ganjaran daripada kira-kira 50 syarikat yang mengambil bahagian sebagai usaha menghargai mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Ride It Right Management Sdn Bhd, Suhaimi Abdul Jalil berkata, orang ramai boleh mendapatkan kad berkenaan sempena Himpunan Sejuta Belia di sini dengan bayaran promosi RM10 sekeping.

“Antara ganjaran disediakan ialah barangan keperluan motosikal seperti topi keledar, minyak hitam, baju dan pelbagai produk menarik.

“Selain mendapat pelbagai ganjaran, mereka akan mendapat perlindungan insurans bernilai RM10,000,” katanya ketika ditemui di tapak Himpunan Sejuta Belia, di sini, semalam.

Pelancaran Kad Keahlian RIR disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Hadir sama, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar. Pada majlis itu, Suhaimi turut menyerahkan kad keahlian RIR kepada Najib dan Ismail.

Suhaimi berkata, pihaknya mensasarkan untuk memperoleh 150,000 pemegang kad keahlian RIR sehingga hujung tahun ini.

“Sebelum ini 45,000 individu menyatakan persetujuan menjadi ahli RIR, dan mereka akan didaftarkan secara terus.

“Pada hari pertama program ini saja, kami mengumpul kira-kira 4,000 ahli dan jumlah itu dijangka meningkat esok (hari ini),” katanya.

Sementara itu, sepanjang dua hari program itu diadakan, pelbagai aktiviti diadakan, termasuk aktiviti Pencarian Harta Karun membabitkan penunggang motosikal, dan orang ramai juga berpeluang memenangi hadiah menerusi cabutan bertuah.

Lebih menarik, mereka mengumpulkan kira-kira 10,000 motosikal pelbagai jenis, sekali gus menjadikannya perhimpunan motosikal terbesar pada program berkenaan.

“Pada program ini, kami mengumpulkan pelbagai jenis motosikal seperti kapcai, motosikal berkuasa tinggi; Vespa dan Harley Davidson, sekali gus membuktikan hubungan erat antara semua pemilik motosikal tanpa mengira jenisnya. Ini yang dinamakan semangat persaudaraan, tiada pilih kasih antara kami semua,” katanya.

No comments:

Post a Comment