Thursday, December 12, 2013

from sukaguam to majistret then mkt


saya ditipu rakan cina. mulanya dia suruh saya book flight guna $ saya dulu. then tak mau bayar pulak. jumlah dalam rm2k



http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131211/dn_10/SukaGuam-terima-banyak-aduan-Melayu-didiskriminasi

Selamat Pagi,

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada encik kerana sudi mendapatkan khidmat nasihat kami.

Memandangkan wang tuntutan encik adalah dalam RM 2,000.00, kami mencadangkan encik untuk membuat tuntutan di Mahkamah Tuntutan Kecil. Mahkamah Tuntutan Kecil adalah satu kemudahan yang diwujudkan kepada orang ramai untuk membuat tuntuan kecil (tuntutan yang tidak melebihi RM5,000.00) yang mana kehadiran Peguam tidak diperlukan kerana kes-kes tuntutan kecil akan dibicarakan antara pihak yang menuntut dan pihak yang dituntut sahaja. Kami percaya dengan cara ini dapat menjimat kos guaman encik.

Untuk membuat tuntutan di Mahkamah Tuntutan Kecil, encik perlu ke Mahkamah Majistret yang berhampiran untuk mendapatkan "Writ" (Borang 198) iaitu borang untuk tuntutan kecil. Dalam borang tersebut, encik dikehendaki mengisi maklumat encik, pihak yang dituntut dan nyatakan apa yang encik ingin tuntut, bagaimana tuntutan itu berbangkit dan apakah kepentingan encik dalam tuntutan tersebut. 

Borang tersebut perlu difailkan di Mahkamah dalam 4 salinan dan bayaran pemfailan adalah RM20. Seterusnya, mahkamah akan menetapkan tarikh perbicaraan. Encik dikehendaki menyerahkan saman tersebut kepada pihak yang dituntut secara serahan tangan ke atas dirinya sendiri atau melalui pos berdaftar.

Di hari perbicaraan, encik hendaklah mengemukakan segala bukti dan dokumen-dokumen yang encik ada untuk membuktikan tuntutan encik, keterangan secara lisan juga boleh diterima. Apa yang telah dipersetujui, bila pinjaman dibuat dan sudah berapa lama hutang tersebut tidak dibayar. Pihak yang dituntut juga akan diberi peluang untuk memberi keterangan dan mengemukakan bukti. Encik juga perlu meyakinkan mahkamah tentang wujudnya tuntutan tersebut. Mahkamah akan membuat keputusan setelah meneliti keterangan kedua-dua belah pihak. Sekiranya pihak yang dituntut bersetuju dengan tuntutan, Mahkamah akan mengeluarkan Penghakiman bagi pihak encik dan mengarahkan pihak yang dituntut untuk membayar tuntutan tersebut. Sekiranya pihak yang dituntut tidak hadir, encik boleh memohon kepada Mahkamah untuk mengeluarkan Penghakiman Ingkar. Encik juga boleh membuat tuntutan terhadap segala kos perbelanjaan encik untuk membuat tuntutan ini di Mahkamah daripada pihak yang dituntut tidak melebihi RM100 ( perlu ditulis dalam Borang 198 tersebut).

Kami berharap segala penerangan ini dapat membantu encik mengetahui sedikit sebanyak prosedur untuk menuntut hutang tersebut dan lebih jelas lagi mengenai hak-hak encik.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,
NURLIYANA MD ASHRI
SukaGuam@gmail.com

-----------------------------------------------------------------------------------------

tq 4 info

anyway, incase jika saya kalah, adakah saya perlu bayar kos court? :-(

No comments:

Post a Comment