Friday, December 13, 2013

on the way negara maju 2020 tinggal sepenggal pru je lagi

JEMPUTAN KE RUNDINGAN PENUBUHAN
“BERSAMA NGO ANTI RASUAH” (BENAR)

Gejala rasuah adalah musuh utama negara yang menjadi isu rakyat. Sebahagian besar dari ruang polemik masyarakat berkisar tentang gejala rasuah yang merebak dan kegagalan usaha yang bersepadu untuk mengekang masalah ini.

Usaha membanteras gejala rasuah memerlukan semua pihak memainkan peranan masing-masing secara berkesan. Sementara persoalan rasuah sering menjadi bahan percaturan politik, usaha yang lebih jitu diperlukan untuk membawa badan-badan bukan kerajaan (NGO), aktivis masyarakat dan suara rakyat tidak partisan ke dalam satu gabungan yang membawa agenda bersepadu membanteras rasuah di dalam masyarakat.

Hasil dari perbincangan dengan beberapa NGO dan aktivis masyarakat yang memberi tumpuan kepada isu rasuah, National Oversight & Whistleblowers (NOW) mengambil keputusan untuk merintis penubuhan gabungan ini bersama beberapa NGO yang lain.

Gabungan NGO yang dicadangkan dinamakan “Bersama NGO Anti Rasuah” atau singkatannya “BENAR” mempunyai beberapa matlamat antaranya seperti berikut:

1.      Menggembleng usaha tanpa partisan mengemudi agenda masyarakat menentang rasuah
2.      Menguatkan suara NGO-NGO menentang rasuah yang sebelum ini bersuara secara bersendirian dan membawa isu/kes yang khusus
3.      Mengemukakan cadangan perubahan kerangka undang-undang mengenai rasuah yang lebih menyeluruh
4.      Mengetuai kempen pencegahan rasuah di peringkat nasional yang lebih tersusun
5.      Merumus Piagam Anti Rasuah Rakyat (People’s Anti Corruption Charteratau PACCyang bertindak sebagai piawaian komitmen badan-badan kerajaan dan swasta kepada usaha membanteras rasuah

Oleh yang demikian, satu rundingan awal di antara wakil-wakil NGO untuk membincangkan cadangan penubuhan BENAR akan diadakan pada hari Khamis 19 Disember 2013 jam 10 pagi bertempat di NOW Centre (seperti alamat di bawah).

Antara lain, rundingan awal ini akan membincangkan keperluan membentuk kerjasama NGO menentang rasuah melalui satu badan gabungan, cadangan skop kerjasama yang dimeterai melalui BENAR, prinsip-prinsip asas kerangka anti-rasuah yang diperjuangkan dan cadangan program yang dijalankan secara bersama.

Bagi pihak NOW berbesarlah hati saya memanjangkan jemputan kepada pertubuhan yang Saudara/i wakili untuk turut bersama di dalam rundingan awal penubuhan BENAR. Saya mengalu-alukan pengesahan kehadiran wakil dari pertubuhan Saudara/i melalui emel info@nowmalaysia.org selewat-lewatnya jam 12 tengahari, 18 Disember 2013 (Rabu).

Keikhlasan Saudara/i membanteras rasuah adalah inspirasi kepada semua.

Terima kasih.

Yang menjalankan amanah



RAFIZI RAMLI
Pengarah Eksekutif

No comments:

Post a Comment