Tuesday, March 22, 2011

belajar dari orang lain...

‘Langsai’ kisah benar masalah pengguna di TV1
Oleh Norakmah Mat Youb

2011/03/23
ISMAIL SABRI pada majlis pelancaran drama Langsai di Auditorium Tun Dr Siti Hasmah, Menara SSM KL Sentral, semalam.
ISMAIL SABRI pada majlis pelancaran drama Langsai di Auditorium Tun Dr Siti Hasmah, Menara SSM KL Sentral, semalam.
KUALA LUMPUR: Kesedaran orang ramai mengenai hak dan kuasa mereka sebagai pengguna masih lagi rendah terutama di luar bandar, sekali gus mendedahkan mereka kepada pelbagai bentuk penipuan, termasuk membabitkan peraduan gores dan menang.

Justeru, bagi mendedahkan kepada pengguna mengenai hak dan kuasa mereka, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengambil pendekatan terbaru memaparkan pelbagai masalah kepenggunaan melalui drama bersiri khas.
Drama bertajuk ‘Langsai’ berdasarkan kisah benar masalah pengguna ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), akan menemui penonton setiap Selasa jam 7 malam di TV1, mulai 12 April depan.
Drama 13 episod itu akan ditayangkan selama 30 minit memaparkan pelbagai isu dan kes mengenai kehidupan masyarakat sebagai pengguna.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata sebelum ini kementerian banyak menjalankan kempen kepenggunaan melalui seminar, ekspo pengguna dan pengedaran risalah, namun masih ramai masyarakat belum sedar mengenai hak serta kuasa mereka.

“Justeru, dengan pendekatan baru ini, saya harap dapat menyedarkan pengguna mengenai hak dan tanggungjawab melindungi kepentingan mereka,” katanya selepas melancarkan drama berkenaan di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Menteri KPDNKK, Datuk Tan Lian Hoe dan Datuk Rohani Abd Karim serta Pengarah Urusan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat), Datuk Kamaruzaman Che Mat.
Drama arahan Shahrul Ezad Mohameddin itu diterbitkan 3Line Media Sdn Bhd, akan memaparkan isu berlainan setiap minggu.

“Program itu mendapat penajaan sepenuhnya daripada Bank Rakyat yang berpera nan sebagai perunding mengenai kepenggunaan serta memberi khidmat nasihat kepada pengguna,” kata Ismail Sabri.

Sementara itu, beliau berkata, peraduan gores dan menang antara kes tertinggi difailkan kepada TTPM di seluruh negara sehingga 31 Disember lalu iaitu sebanyak 446 kes daripada 3,007 yang difailkan ke tribunal itu.

Katanya, kes penipuan membabitkan peraduan gores dan menang paling banyak dikesan di luar bandar kerana kesedaran masyarakat di situ mengenai hak mereka masih lagi rendah.

No comments:

Post a Comment