Tuesday, March 29, 2011

suruhanjaya pengaduan awam...

Kongsi idea mantapkan sistem penyampaian

PUTRAJAYA: Orang ramai dialu-alukan memberi idea untuk memantapkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan dan pemberi idea yang bernas serta relevan yang terpilih akan diberi sagu hati RM1,000.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, mereka yang ingin menyumbangkan idea atau cadangan boleh berbuat demikian menerusi laman web Pemudah di www.pemudah.gov.my.


“Dalam usaha memastikan negara bersaing dengan negara lain di seluruh dunia, kita memerlukan idea yang bernas dan baik untuk menambahbaik sistem penyampaian sedia ada.


“Jadi, kini tiba masanya bagi orang ramai menyumbang idea untuk tujuan ini. Idea yang terpilih kita akan berikan hadiah sagu hati sebanyak RM1,000.


“Walaupun hadiahnya tidak lumayan, namun impak diberikan bernilai lebih daripada jutaan ringgit. Ini bukan satu gimik atau retorik tetapi kenyataan dan inilah masa untuk orang ramai menyumbang kepada kerajaan,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Cabaran Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) Musim Pertama dan pelancaran Cabaran Pemudah Musim Kedua di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam. Hadir sama, Pengerusi Bersama Pemudah, Tan Sri Yong Poh Kon.



Pada majlis itu, Mohd Sidek turut menyampaikan hadiah kepada 62 pemenang Cabaran Pemudah musim pertama yang terdiri daripada kakitangan dari pelbagai kementerian, agensi dan jabatan.

No comments:

Post a Comment